Ibu Tasha dapat petua ni semasa tinggal di Shah Alam...Kawan ibu yang bagi petua ni ...Tasha panggil dia Cik miah.. satu hari Cik miah goreng karipap entah macam mana minyak yang masih panas tertumpah terkena kaki dan tangan Cik Miah.. teruk gak la ...tapi masa Tasha pergi melawat cik miah, ibu Tasha perasan yang tangan dan kaki Cik Miah ada kesan merah ...Cik Miah bagitau tangan dan kaki dia kena minyak panas...tapi tangan dan kaki Cik Miah langsung tak nampak melepuh/melecur macam orang kena minyak panas sampaikan doktor kat klinik pun naik hairan.Cik Miah pun bagi tau la kat Ibu Tasha petua ni...cepat-cepat sapukan tempat yang melecur/melepuh dengan madu...tapi nak kena guna madu yang asli... bukan yang macam jual kt kedai tu atau bini no 2..hahaha...Ibu kata lagi hitam madu tu lagi baik lebih-lebih lagi kalau madu tu madu Tualang.Mana nak dapat madu tualang ni?Cuba bertanyakan kepada pada rakan-rakan yang tau...atau tanya pak cik Google..:-)
Selalunya kalau terkena minyak panas basuh tangan dengan air je lepas tu bubuh minyak gamat ...tapi tak lama kemudian tangan melepuh ...paling teruk pun bawa pergi klinik,doktor hanya bagi ubat sapu ... ..
Banyak lagi kebaikan yang kita tak tau..dalam Al-Quran Surah An Nahl ada menyatakan :
"Kemudian makanlah dari
tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan
(bagimu). Dari perut lebah itu keluar minuman yang bermacam-macam warnanya, di
dalamnya terdapat obat menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang
demikian itu benar-benar terdapat tanda kebesaran Tuhan bagi orang yang
memikirkan." [QS. An-Nahl : 69]
Mulai hari ni kena la simpan madu ye ...tapi ingat yang asli je tau..kalau tak ada usahakan ada simpan sedikit.Madu asli ni mahal tu memang la mahal tapi khasiatnya sebagai ubat memang sangat mujarab.
Ada satu lagi petua ..Yang ini sepeninggalan Arwah Tok Tasha...semua rumah ada benda ni ..kalau tangan terkena minyak panas dan tak de madu, basuh tangan dengan air lepas tu sapukan dengan kicap.Biarkan sekejap ...kemudian baru bilas dengan air....
Harap dapat manfaat dari petua yang Tasha tulis ni yer..kepada Cik Miah terima kasih banyak -banyak ..
Selamat mencuba
Gambar Hiasan