Selasa, 13 Mei 2014

PETUA MENGELAK KULIT YANG TERKENA MINYAK PANAS DARI BENGKAK ATAU MELEPUH/MELECUR....

Assalamualaikum blogger-blogger....rasanya lama dah Tasha tak update blog ni....maaf ye Tasha ada kelas tambahan ...ni pun baru balik dan mendapat keizinan dari ibu untuk update blog...kalau hari sekolah biasa maafla kata ibu Tasha..he..he..lagipun minggu ni minggu perisa..oppsss peperiksaan ...tadi ibu Tasha goreng ikan keli...ibu cakap ikan keli ni kekadang masa tengah goreng mesti meletup-letup.. tak tau kenapa.Ada pulak tu sampai minyak terpercik kena tangan atau muka... azab kan ??Tapi bukan setakat masa goreng ikan jer.. masa tengah masak lauk lain pun kalau tak berhati-hati, macam-macam boleh jadi.......tapi jangan bimbang  sekiranya tangan kita terkena minyak panas..

Ibu Tasha dapat petua ni semasa tinggal di Shah Alam...Kawan ibu yang bagi petua ni ...Tasha panggil dia Cik miah.. satu hari Cik miah goreng karipap entah macam mana  minyak  yang masih panas tertumpah terkena kaki dan tangan Cik Miah.. teruk gak la ...tapi masa Tasha  pergi melawat cik miah, ibu Tasha perasan yang tangan dan kaki Cik Miah ada kesan merah ...Cik Miah bagitau tangan dan kaki dia kena minyak panas...tapi tangan dan kaki Cik Miah langsung tak nampak melepuh/melecur  macam orang kena minyak panas sampaikan doktor kat klinik pun naik hairan.Cik Miah pun bagi tau la kat Ibu Tasha petua ni...cepat-cepat sapukan tempat yang melecur/melepuh dengan madu...tapi nak kena guna madu yang asli... bukan yang macam jual kt kedai  tu  atau bini no 2..hahaha...Ibu kata lagi hitam madu tu lagi baik lebih-lebih lagi kalau madu tu madu Tualang.Mana nak dapat madu tualang ni?Cuba bertanyakan kepada pada rakan-rakan yang tau...atau tanya pak cik Google..:-)

Selalunya kalau terkena minyak panas basuh tangan dengan air  je lepas tu bubuh minyak gamat ...tapi tak lama kemudian tangan melepuh ...paling teruk pun bawa pergi  klinik,doktor hanya bagi ubat sapu ... ..

Banyak lagi kebaikan yang kita tak tau..dalam Al-Quran Surah An Nahl ada menyatakan :
"Kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu keluar minuman yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat obat menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda kebesaran Tuhan bagi orang yang memikirkan." [QS. An-Nahl : 69]

Mulai hari ni kena la simpan madu ye ...tapi ingat yang asli je tau..kalau tak ada usahakan ada simpan sedikit.Madu asli ni mahal tu memang la mahal tapi khasiatnya sebagai ubat memang sangat mujarab.

Ada satu lagi petua ..Yang ini sepeninggalan Arwah Tok Tasha...semua rumah ada benda ni ..kalau tangan terkena minyak panas dan tak de madu, basuh tangan dengan air lepas tu sapukan dengan kicap.Biarkan sekejap ...kemudian baru bilas dengan air....

Harap dapat manfaat dari petua yang Tasha tulis ni yer..kepada Cik Miah terima kasih banyak -banyak ..

Selamat mencuba     
                                                  Gambar Hiasan

Selasa, 6 Mei 2014

Petua Hilangkan Bau Hanyir Ikan Keli


Hari ini  Abah Tasha beli ikan keli hidup.Sambil  tengok cara ibu siang keli,Ibu bagi tau petua dan cara proses menyiang ikan keli ni.Jadi kali ini Tasha nak kongsikan petua dari ibu Tasha... Petua hilangkan bau hanyir ikan keli.
  • Masa mula nak siang tu ibu tabur garam kat ikan yang masih hidup.Tujuannya supaya ikan keli ni lemah dan mudah untuk kita menyiang nanti.Kalau kita tengok kat pasar lain sikit..proses menyiang ikan keli ni nampak ganaskan?Kita tengok penjual kena ketuk dulu kepala ikan keli tu sampai mati..kemudian baru la mudah untuk penjual  menyiang.Macam mana kalau penjual tidak menyediakan proses menyiang..dan kita perlu membeli ikan keli yang hidup?Ikan keli memang agresif sikit dan kalau kita yang tak biasa menyiang ikan keli...silap-silap boleh kena sengat.Bisa kena sengat ikan keli ni hanya orang yang pernah kena sengat je tau.Tabur garam dan biarkan beberapa minit..bila ikan keli kelihatan tak bermaya boleh la mula dengan proses menyiang.
 
  • Masa proses menyiang tu belah kat bahagian telinga ikan keli...ek ikan keli ada telinga ke? Bila dah dibelah kelihatan ketulan bewarna merah hati.Buang ketulan tersebut.Ini salah satu punca bau hanyir ikan keli tersebut.Tengok gambar kat bawah.

cara siang ikan keli
















  • Bila dah selesai menyiang dan setelah dibasuh dapatkan daun serai dan kapur makan.Potong daun serai kecil-kecil beserta masukkan 1 sudu kecil kapur makan dan gaulkan dengan ikan keli yang siap disiang.Bila bau hanyir sudah hampir hilang basuh sekali lagi dengan air bersih.
hilangkan bau hanyir ikan keli
Daun serai dipotong-potong kecil + kapur makan digaul


















  • Masukkan garam beserta asam jawa...gaulkan sehingga bau hanyir ikan tersebut betul-betul hilang.Kemudian bilas dengan air bersih sekali lagi..dan apabila telah dipastikan bau hanyir ikan keli tersebut benar-benar hilang...boleh la kita masak sebagai menu kita.
Petua hilangkan bau hanyir ikan keli
Garam dan asam jawa digaul















Untuk ikan air tawar yang lain pun ibu Tasha guna petua ni untuk hilangkan bau hanyir.Walaupun ikan air tawar diternak melalui kaedah sangkar di sungai yang mengalir..bau hanyir ikan air tawar tetap ada..dengan perkongsian petua ini diharap dapat dimanfaatkan..

Ahad, 4 Mei 2014

Cara membuat agar-agar cendol

Assalamualaikum..Hari ini pula Tasha nak tunjukkan satu lagi resepi iaitu Agar-agar cendol.Ramai orang dah buat.Tapi,tak terkenal sangatkan?..Jadi Tasha nak bagi tahu korang macam mana nak buat Agar-agar cendol.Caranya memang sangat mudah.

BAHAN-BAHAN:
  • 37.5g agar-agar
  • 960g gula pasir
  • 1250ml air
  • 750ml pati santan
  • 1 tin susu cair
  • 3 biji telur|dipukul
  • 5 sudu makan cendol
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
  • Masak agar-agar sehingga hancur dan masukkan pasir...Maaf,masukkan gula pasir,susu cair serta pati santan.Masak sehingga larut.
  • Kemudian,masukkan cendol dan telur.Kacau rata.
  • Tuangkan esen vanilla dan masak sehingga mendidih.
  • Akhir sekali,apabila adunan sudah sebati,tuangkan ke dalam acuan.
  • Sejukkan sebelum potong.
  • Sedia untuk dihidangkan.
agar-agar + cendol
Gambar hiasan




Jumaat, 2 Mei 2014

KISAH KUCING YANG BERJASA



Kisah ni berlaku 2 bulan yang lepas...apa yang Tasha ingin paparkan ialah tentang KISAH KUCING YANG BERJASA ni adalah mengenai kasih sayang dan hubungan antara haiwan kesayangan dan manusia.Kucing ni bukan kepunyaan Tasha tapi merupakan kucing kesayangan Atuk Tasha yang tinggal sebelah menyebelah dengan rumah Tasha.Atuk Tasha panggil kucing ni dengan nama 'Dollah'.Jangan lupa kucing juga merupakan makhluk kesayangan Rasulullah kita.Tasha pun sebenarnya alergik dengan kucing..tak boleh nak peluk-peluk dan belai-belai sangat nanti kulit jadi gatal-gatal dan mata berair.Tasha bukan tak suka dengan kucing...tapi keadaan tak mengizinkan.Biasanya Dollah paling manja dengan adik Tasha yang nama dia Syuhada.

Kisahnya begini...masa ni adik Tasha yang nama dia Haiqal berumur 4 tahun baru balik dari sekolah tadika.Biasanya kalau adik Haiqal balik sekolah..si Dollah kucing ni berlari-lari datang rumah Tasha..seronok tengok gelagat si Dollah berlari-lari manja kejar adik Haiqal...Tapi adik Haiqal suka buli Dollah.Walaupun selalu kena buli tapi Dollah tetap manja..

Bermulanya kejadian...adik Tasha si Haiqal bermain-main kat longkang depan rumah.'Dollah' pulak tengah bergolek-golek main bola kecik berhampiran adik Haiqal.Tanpa disedari adik Haiqal..ada seekor ular senduk hitam sebesar batang paip dan panjang lebih kurang satu meter sedang menyusuri longkang sambil mengejar seekor katak.Masa katak ni melompat dekat dengan adik Haiqal tetiba ular senduk berdiri menaikkan kepala dan mengembang...masa ni la kucing bernama 'Dollah' dengan pantas meluru kearah ular senduk hitam tersebut.Abah Tasha pun ada masa tu..lantas Abah terus menarik tangan Haiqal dan menjauhkan diri dari ular senduk hitam yang tengah bertarung dengan 'Dollah'.

Abah Tasha cuba mencari dan mendapatkan sebatang buluh untuk memukul ular tersebut.Masa Abah Tasha berjaya mendapatkan sebatang buluh, ular tersebut berjaya melarikan diri setelah bertarung dengan 'Dollah'.Tapi kesian kat Dollah...mata sebelah kiri Dollah kena sembur dengan bisa ular tersebut.

Tasha perhati kucing ni memang pandai mengubati matanya sendiri.Dollah asyik menggosok mata dia yang bengkak dengan tangan yang dicampur air liurnya sendiri.Tasha ada juga sambil-sambil tolong lap buang taik mata dengan kain basah tiap hari bila kucing ni datang rumah Tasha.Nasib baik Dollah tak buta...dekat seminggu jugak la baru baik.Syukur...tiada sesuatu perkara yang tidak diingini terjadi.Tasha sangat-sangat berterimakasih kat kucing bernama Dollah ni walaupun hanya seekor haiwan peliharaan.Sangat besar jasanya kat family Tasha.Kalau Dollah datang rumah Tasha, mesti ibu Tasha bagi dia makan.

Nak tengok gambar Dollah.Ini la dia...comel kan?

Kucing Bernama Dollah
Ini lah 'Dollah' kucing peliharaan Atuk Tasha.



Kucing Kesayangan Atuk





Macam ni la rupa ular senduk yang bertarung dengan Dollah.



















Sayangi la haiwan peliharaan kita.Mungkin suatu hari nanti haiwan ini akan berjasa pada kita.


Ini Haiqal adik Tasha..longkang kat belakang tu la lokasi kejadian.

Khamis, 1 Mei 2014

Cara-cara membuat bebola coklat

Hari ini Mak Tasha ada terbaca satu resipi...Mak Tasha suka coklat..Korang pun mesti suka coklatkan?.Bohong kalau tak suka coklat ye dok??..Dekat-dekat nak puasa dan raya ni  Tasha nak berkongsi resipi cara-cara membuat bebola coklat..

Coklat ni ikut suka korang la nak coklat murah ke mahal...kalau nak lagi sedap guna la coklat mahal..Janji korang puas hati..

Gambar Hiasan













BAHAN A:
  • 125 g mentega 
  • 120 g gula kastor
  • 1/4 sudu teh coklat emalco
BAHAN B:
  • 2 biji telur 
  • 1 sudu teh esen vanilla
BAHAN C:
  • 120 g tepung gandum
  • 1 1/2 sudu teh serbuk penaik
  • 2 sudu makan serbuk coklat
  • 1 sudu makan susu tepung 
  • 5 sudu makan air
BAHAN D:
  • 100 g coklat masakan 
  • 125 ml susu cair
  • 1 sudu teh tepung jagung 
  • 1 sudu teh mentega cair
CARA MEMBUAT:
  • Pukul bahan A dengan mesin pemutar kek sehingga kembang.
  • Masukkan bahan B perlahan-lahan ke dalam mesin pemutar.
  • Apabila adunan telah cukup kembang dan sebati,masukkan bahan C.Selang-selikan dengan air.Kacau rata.
  • Kemudian masukkan adunan ke dalam acuan bersaiz 7 inci dan bakar pada suhu 180 Darjah Celcius selama 30 hingga 45 minit.
  • Satukan bahan C ke dalam periuk kecuali mentega.Pastikan api tidak terlalu besar.Kacau sentiasa untuk mengelakkan coklat menjadi hangit.
  • Apabila coklat telah cukup pekat,barulah masukkan mentega cair.Sejukkan.
  • Setelah itu,ambil kek coklat yang telah masak dan sejuk.Hancurkan di dalam mangkuk.
  • Masukkan adunan coklat yang dimasak sedikit ke dalam mangkuk kek.Jangan masukkan terlalu banyak untuk mengelakkan ia menjadi terlalu lembik dan sukar di bentuk.
  • Apabila rata,bentukkan adunan bulat-bulat.
  • Sadurkan sekali lagi dengan coklat yang dimasak,letak di dalam cawan kecil dan sejukkan.
Korang try lah yer..selamat mencuba

Rabu, 30 April 2014

Teka-teki perasan lawak


 Assalamualaikum...saye ade beberapa teka-teki yang menarik buat korang..Teka-teki ini tak lah lawak sangat.Kalau nak gelak-gelak boleh je.Ini hanya sebagai hiburan..


  • Binatang ape yang pandai karate?
  • Ape persamaan Michael Jordan dengan Michael Jackson?
  • Ada stokin yang direndamkan di dalam laut merah,stokin tu warna biru,hijau,kuning dan hitam..Ape terjadi pade stokin tersebut?
  • Ade 3 ekor cicak..2 ekor cicak jahat,dan 1 ekor cicak baik.Tiba-tiba 2 ekor cicak jahat bergaduh.2 ekor cicak jahat pun jatuh..cicak baik pun jatuh..Kenapa cicak baik jatuh??
  • Tukang ape kalau dipanggil,dia menjenguk ke atas?
  • Kera ape yang pandai menaip?
  • Pak Imam sedang sembahyang.Tiba-tiba anjing pun lalu.Anjing tu pun jilat kakinya.Batal tak wudhuk Pak Imam?
  • Scorpion kaler ape?
  • Haiwan ape yang seluruh badannya ada atas kepala..apakah itu?
  • Apabila dia hidup kita menyanyi..Apabila dia mati kita tepuk tangan?
  • Kenapa penggali kubur tak pakai selipar?




 Jawapannya............jeng-jeng ...fikir ye!